Memo

Bengkel Kenaikan Pangkat pada 3 Oktober (Sabtu) jam 8.30pg. Harap maklum.

BERITA TERKINI

Sunday, January 30, 2011

KEJOHANAN HOKI 6-SEBELAH PIALA PENGETUA SMK DURIAN TUNGGAL

29 JAN: Pasukan hoki SK Seri Bemban telah menyertai Kejohanan Hoki 6-Sebelah Piala Pengetua SMK Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka. SK Seri Bemban telah menghantar dua pasukan yang terdiri daripada enam belas pemain ke kejohanan tersebut sebagai pendedahan pertama kepada para pemain untuk merasai pengalaman beraksi dalam permainan sebenar buat julung kalinya.

Pasukan Bemban A dan Bemban B telah menunjukkan aksi yang agak memberansangkan walaupun baru pertama kali menyertai kejohanan seperti itu. Kebanyakan pemain terdiri daripada murid tahun empat dan lima yang juga akan mewakili sekolah ke Kejohanan Hoki MSSD Jasin pada bulan April nanti. Walaupun tidak berjaya melangkah ke pusingan ke dua dalam kejohanan ini, pengalaman yang diperolehi sangat berguna buat pemain untuk peningkatan prestasi serta memperbaiki kelemahan bagi menghadapi kejohanan akan datang.
[ Pasukan Hoki SK Seri Bemban 2011 ]


Tuesday, January 18, 2011

KEJOHANAN MERENTAS DESA SK SERI BEMBAN 2011

17 JAN- Seramai 546 orang murid SK Seri Bemban tahap 1 & 2 telah menyertai acara merentas desa. Acara ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan di dalam diri setiap murid dan menghargai serta menikmati keindahan alam sekitar.

Laluan untuk murid tahap 1 adalah sejauh 1 kilometer manakala untuk murid – murid tahap 2 adalah sejauh 3 kilometer. Acara yang bermula pada jam 7.30 pagi dan telah berakhir pada jam 9.30 pagi.

Semua murid mendapat manfaat melalui program yang di aturkan oleh pihak sekolah iaitu melahirkan murid yang sihat, cergas dan cerdas.
Terima kasih warga SKSB….SKSB boleh!!!!!!!!!!!!!!!

[Murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan mendengar taklimat]

[Acara memanaskan badan yang di pimpin oleh En. Iswardy]

[Semua murid sedang melakukan regangan sebelum larian]

Tuesday, January 11, 2011

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS, PENGAWAS PSS, KETUA DAN PENOLONG KETUA DARJAH SESI 2011

10 JAN- Hari yang sungguh bermakna kepada barisan kepimpinan murid – murid yang telah di lantik untuk sama-sama memastikan mereka benar – benar berketerampilan sebagai pemimpin kecil di sekolah. Di harap dengan penganugerahan watikah perlantikan ini, mereka dapat menjalankan tugas yang di amanahkan dengan jayanya di samping memastikan kemantapan kecemerlangan akademik masing – masing.

Majlis telah di sempurnakan oleh insan yang amat di sayangi oleh warga SKSB iaitu Guru Besar, Puan Ramlah binti Majid.

Tahniah dan syabas wahai pemimpin kecil…………….
[Penyampaian watikah pelantikan oleh Pn. Ramlah bt. Hj. Majid kepada Pengawas Sekolah]

[Penyampaian watikah pelantikan oleh Pn. Ramlah bt. Hj. Majid kepada Pengawas PSS Sekolah]

[Penyampaian watikah pelantikan oleh Pn. Ramlah bt. Hj. Majid kepada Ketua dan Penolong Ketua Darjah]

Tuesday, January 4, 2011

PROGRAM TRANSISI DAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2011

2 JAN- Semua ibu bapa & penjaga murid – murid tahun 1 2011 telah  menghadiri sesi taklimat dan penerangan mengenai program transisi yang bertujuan untuk memberi maklumat  terperinci mengenai segala urusan yang berkaitan dengan anak – anak mereka oleh pihak pentadbir, guru – guru tahun 1 serta guru Pra Sekolah.


Program ini telah bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.
[Panorama sekitar hari pendaftaran murid tahun 1 sesi 2011]

Monday, January 3, 2011

Selamat Datang Ke Portal Rasmi SK Seri Bemban

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya Portal Rasmi Interaktif SK Seri Bemban ini  sudah mula dibina. Walaupun ianya masih dalam pembinaan, namun admin akan cuba sedaya-upaya melengkapkan portal ini dengan segera untuk kemudahan semua warga SK Seri Bemban.

Admin berharap semua warga SKSB memberikan sokongan padu terutama Ahli Jawatankuasa Web SKSB yang perlu bekerja keras untuk menjayakan projek ini. Selamat bekerja dan selamat berjaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BEMBAN

77200 BEMBAN, MELAKA, MALAYSIA
Tel/Faks: 606-5217834
E-mail: sksbjasin@gmail.com

Penafian: Pihak sekolah tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan atau sebarang masalah disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.