Memo

Bengkel Kenaikan Pangkat pada 3 Oktober (Sabtu) jam 8.30pg. Harap maklum.

BERITA TERKINI

Thursday, March 31, 2011

KEJOHANAN BOLA BALING MSSM KAWASAN JASIN 2011

[Pasukan Bola Baling SK Seri Bemban]
30 MAC : Pasukan Bola Baling SK Seri Bemban telah menyertai Kejohanan Bola Baling MSSM Kawasan Jasin tahun 2011. Pada pusingan awal, Pasukan Bola Baling SK Seri Bemban telah memenangi perlawanan pertama menentang SK Jus 6-1. 


Perlawanan kedua pula menentang SK Kesang Tua juga berkesudahan dengan kemenangan 5-3 sekaligus menempah tempat ke pusingan Suku Akhir menentang SRA Jaim Selandar. 


Namun, kemenangan tidak berpihak kepada SK Seri Bemban apabila tewas 5-7 kepada pasukan tersebut. setelah berhempas pulas mencari go-gol kemenangan.  


Banyak lagi peluang dan ruang yang boleh dipertingkatkan lagi untuk memantapkan pasukan bola baling SK Seri Bemban….Cuba lagi tahun hadapan... BEMBAN BOLEH…!!!!


Jurulatih          : En. M. Asmawi M. Ariffin
Pen. Jurulatih : Pn. Saridah Azim
Pengurus        : En. Rizuan Suleiman

[Pemain sedang mendengar taklimat jurulatih]

[Pemain bersedia sebelum perlawanan dimulakan]

[Aksi pemain sekolah dalam perlawanan] 

Wednesday, March 30, 2011

SAMBUTAN HARI LAHIR MAC 2011

29 MAC: Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Unit Bimbinga dan Kaunseling SK Seri Bemban telh mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir untuk murid dan guru yang lahir dalam bulan Mac. 

Lebih kurang 36 orang murid serta lima orang guru yang menyambut ulangtahun kelahiran dalam bulan ini telah diraikan dalam perhimpunan pagi semalam. 

Pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada semua yang diraikan serta mendoakan agar panjang umur, murah rezeki dan diberkati Allah selalu..amin.
[Murid-murid yang diraikan dalam Majlis Sambutan Hari Lahir Mac 2011]

[GPK Hal Ehwal Murid menyampaikan kek hari lahir kepada murid]

 [Pn. Masdura antara guru yang menyambut hari lahir dalam bulan Mac]

Tuesday, March 29, 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM KAWASAN JASIN 2011

Kontinjen Olahraga SK Seri Bemban 2011
25 MAC: SK Seri Bemban telah menghantar kontinjen olahraga ke Kejohanan Olahraga MSSM Kawasan Jasin pada 21 Mac hingga 24 Mac yang diadakan di Trek Olahraga UTEM, Durian Tunggal, Melaka. Kontinjen seramai lebih 20 murid ini diketuai En. Junaidi Yasin selaku Setiausaha Sukan dan juga salah seorang jurulatih olahraga sekolah.

Kontinjen sekolah pada tahun ini telah mencatat sejarah apabila berjaya meraih empat pingat emas, dua perak dan satu gangsa. Beberapa rekod kejohanan selama lebih sepuluh tahun juga telah berjaya dipecahkan oleh peserta sekolah. Adik Mustaqim dari tahun 6 Bestari telah dinobatkan Sebagai Peserta Terbaik kejohanan pada kali ini apabila merangkul dua emas individu dalam acara lompat tinggi dan 200m lari terus serta satu emas acara 4x200m lari berganti. Emas yang ketiga dirangkul oleh adik Khuzairil dari tahun 6 Wawasan dalam acara 80m lari berpagar.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang terlibat melatih peserta sejak dua bulan yang lalu sehingga berjaya mencapai keputusan yang amat membanggakan. Pihak sekolah juga mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang mewakili sekolah kerana telah melakar kejayaan cemerlang dalam edisi Kejohanan Olahraga MSSM Jasin pada tahun ini.
[Adik Mustaqim menerima sijil dan pingat daripada GPK Kokurikulum]
[Adik Khuzairil menerima sijil dan pingat]

Friday, March 25, 2011

MAJLIS PELANCARAN PORTAL RASMI SK SERI BEMBAN

24 MAC: Portal Rasmi SK Seri Bemban telah dirasmikan oleh YB En. Chua Kheng Hwa, ADUN Bemban tepat pada pukul 4.00 petang yang disaksikan oleh lebih dua ratus ahli Persatuan Ibubapa dan Guru sempena Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36.

Portal rasmi ini yang dibangunkan oleh Jawatankuasa Laman Web SK Seri Bemban sejak tiga bulan lalu akhirnya berjaya disiapkan dengan wajah yang ceria dan senang diakses oleh pengguna. Portal ini memuatkan segala maklumat tentang sekolah termasuk makluman semasa serta berita-berita terkini tentang program dan aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak sekolah. 

Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua ahli Jawatankuasa Laman Web Sekolah yang bertungkus-lumus membangunkan portal ini. Selamat melayari portal kami!
[YB En. Chua Kheng Hwa mengambil tempat untuk Majlis Pelancaran Portal]

[YB En. Chua bersedia untuk melancarkan portal]
 [ YB En. Chua Kheng Hwa dengan rasmi melancarkan Portal Rasmi SK Seri Bemban]

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36

24 MAC: Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Seri Bemban telah diadakan dengan jayanya. Mesyuarat agung kali ke-36 ini telah dirasmikan oleh YB En. Chua Kheng Hwa, Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka Kawasan Bemban.

Mesyuarat pada kali ini mencatat sejarah apabila catatan kehadiran ahli lebih 95% yang terdiri daripada ibu-bapa dan guru-guru. Syabas kepada semua ibu-bapa yang hadir.

Pihak sekolah dan Jawatankuasa PIBG SK Seri Bemban mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB En. Chua Kheng Hwa kerana sudi merasmikan mesyuarat agung pada kali ini. Selain itu, ucapan jutaan terima kasih juga buat guru-guru dan ahli-ahli Jawatankuasa PIBG 2009-2011 yang telah berbakti selama dua penggal berusaha meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Pihak sekolah juga mengucapkan sekalung tahniah kepada lantikan baru Jawatankuasa PIBG untuk penggal 2011-2013 dan semoga dengan hadirnya tuan dan puan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan sekolah. Tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan jawatankuasa PIBG di atas kejayaan mengadakan mesyuarat agung pada kali ini.
[YDP PIBG 2009-2011, Hj. Hamzah M. Zain  sedang memberikan ucapan]
[Puan Guru Besar, Pn. Ramlah Hj. Majid sedang memberikan ucapan]
[Ucapan perasmian oleh YB En. Chua Kheng Hwa]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BEMBAN

77200 BEMBAN, MELAKA, MALAYSIA
Tel/Faks: 606-5217834
E-mail: sksbjasin@gmail.com

Penafian: Pihak sekolah tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan atau sebarang masalah disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.