Memo
Bengkel Kenaikan Pangkat pada 3 Oktober (Sabtu) jam 8.30pg. Harap maklum.
 |
| [Peserta Kem Bestari Solat Tahap 1 lelaki] |
31 MAC : Panitia Pendidikan Islam SK Seri Bemban telah mengadakan Kem Bestari Solat Program j-QAF untuk tahap 1 Siri Pertama 2011. Kem ini melibatkan semua murid beragama Islam tahun 1, 2 dan 3.
Kem ini yang bermatlamat membimbing peserta ke arah pelaksanaan ibadah solat yang lebih sempurna berjalan dengan lancar bermula jam 2.30 petang hingga 5.30 petang.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibubapa yang memberikan kerjasama menghantar dan menjemput peserta kem pada kali ini. Pihak sekolah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang terlibat menjayakan kem.
 |
[Peserta Kem Bestari Solat Perempuan]
[Latihan Dalam Kumpulan] [LDK bersama Fasilitator] |
18 FEBRUARI-SK Seri Bemban telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432H Peringkat Sekolah. Sambutan ini bertujuan untuk memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Perarakan bermula dari sekolah merentasi dua taman iaitu Taman Bemban Jaya dan Taman Bemban Utama. Semua murid dan warga kerja SKSB telah terlibat di dalam menjayakan perarakan ini. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini terutamanya pihak Balai Polis Bemban yang bertugas mengawal lalulintas sepanjang perarakan berlangsung.
 |
| [Majlis bacaan Yasin sebelum perarakan] |
 |
[Perarakan bermula dari Prasekolah melintasi jalan utama]
[Guru-guru mengiringi peserta perarakan] [Wajah-wajah ceria para peserta] |
12 FEBRUARI: Sekolah Kebangsaan Seri Bemban telah menyertai Perarakan Maulidul Rasul Peringkat Negeri Melaka 1432H/2011M anjuran Jabatan Agama Islam Melaka. Kontinjen sekolah dengan kekuatan empat puluh orang murid yang diiringi oleh empat guru lelaki dan guru-guru Pendidikan Islam segak berbaju melayu putih, bersampin merah dan bersongkok hitam.
Perarakan pada tahun ini bermula di Stadium Hang Tuah, Kubu dan berakhir di Masjid Al-Azim, Melaka. Mengikut kenyataan pihak penganjur, perarakan pada kali ini disertai oleh lebih 180 kontinjen yang melibatkan hampir 20 ribu peserta. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini yang julung kali disertai.
 |
| [Perjalanan ke Stadium Hang Tuah] |
 |
[Sabar menanti perarakan kontinjen bermula]
|
 |
| [Kontinjen SKSB Intifada berarak dengan penuh semangat] |
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BEMBAN
77200 BEMBAN, MELAKA, MALAYSIA
Tel/Faks: 606-5217834
E-mail: sksbjasin@gmail.com
Penafian: Pihak sekolah tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan atau sebarang masalah disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.