Memo

Bengkel Kenaikan Pangkat pada 3 Oktober (Sabtu) jam 8.30pg. Harap maklum.

BERITA TERKINI

Thursday, February 24, 2011

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSM KAWASAN JASIN 2011

21 FEBRUARI: Pasukan  bola sepak SK Seri Bemban menempuh perlawanan hari pertama dengan tuan rumah Kejohanan Bola Sepak  Zon Jasin di padang SK Seri Lanang.  Keputusannya memihak kepada SK Seri Lanang  2 -1. Perlawanan kedua SKSB menentang SRA JAIM yang berkesudahan seri tanpa jaringan. Seterusnya, perlawanan terakhir membuahkan hasil apabila SKSB  berjaya mengalahkan SK Air Baruk 3-0 untuk mara ke peringkat suku akhir.

[Pasukan bola sepak SK Seri Bemban 2011]
23 FEBRUARI: Kemaraan pasukan SKSB disekat oleh SK Jasin di peringkat suku akhir. Kekalahan tipis 1-0 menamatkan perjuangan SKSB pada tahun ini. Apapun,  kita akan cuba lagi pada tahun hadapan. Terima kasih kepada semua yang menyokong…terutamanya En Sazali - Bemban Baru FC yang banyak menyumbang tenaga dan masa.  SERI BEMBAN BOLEH!!!!

Pengurus             : En Rizuan Suleiman
Jurulatih               : En Iswardy Abd Razak
Fisioterapi           : En Mohd Fakharuddin Salleh
Pengiring             : En Junaidi Yasin


[Pemain memanaskn badan sebelum perlawanan]

[Pemain bersalaman sebelum memulakan perlawanan]
 [Aksi pemain sekolah melakukan serangan]

Tuesday, February 22, 2011

MOTIVASI IBUBAPA SIRI 1 2011

21 FEBRUARI: SK Seri Bemban telah mengadakan Ceramah Motivasi Keibubapaan Siri Pertama 2011 bermula jam 8:00 malam. Ceramah ini telah disampaikan oleh Dr. Rozey yang terkenal dengan kehebatan penyampaiannya. Lantunan suara dari Dr. Rozey telah berjaya membuka minda dan hati di kalangan ibu bapa ke arah yang lebih baik di dalam memberi pendidikan yang sempurna sekaligus mendidik anak–anak terutamanya di dalam menghadapi peperiksaan. Pihak ibu bapa juga dilihat memberikan tumpuan dan maklumbalas yang positif semasa berlangsungnya sesi ceramah.

Syabas dan tahniah kepada semua warga SKSB di atas kejayaan ceramah motivasi sesi pertama ini. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini terutamanya pihak ibu-bapa yang merupakan pelanggan kami kerana telah meluahkan masa untuk program ini.
[Ucapan oleh Tuan Hj. Hamzah -Yang Dipertua PIBG]

[Ibu-bapa khusyuk mendengar ceramah]
 [Pandangan dari belakang ketika ceramah berlangsung]

Saturday, February 19, 2011

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H PERINGKAT SEKOLAH

18 FEBRUARI-SK Seri Bemban telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432H Peringkat Sekolah. Sambutan ini bertujuan untuk memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Perarakan bermula dari sekolah merentasi dua taman iaitu Taman Bemban Jaya dan Taman Bemban Utama. 
Semua murid dan warga kerja SKSB telah terlibat di dalam menjayakan perarakan ini. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini terutamanya pihak Balai Polis Bemban yang bertugas mengawal lalulintas sepanjang perarakan berlangsung.
[Majlis bacaan Yasin sebelum perarakan]
[Perarakan bermula dari Prasekolah melintasi jalan utama]

[Guru-guru mengiringi peserta perarakan]
 [Wajah-wajah ceria para peserta]







Wednesday, February 16, 2011

PERARAKAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT NEGERI MELAKA 1432H/2011M

12 FEBRUARI: Sekolah Kebangsaan Seri Bemban telah menyertai Perarakan Maulidul Rasul Peringkat Negeri Melaka 1432H/2011M anjuran Jabatan Agama Islam Melaka. Kontinjen sekolah dengan kekuatan empat puluh orang murid yang diiringi oleh empat guru lelaki dan guru-guru Pendidikan Islam segak berbaju melayu putih, bersampin merah dan bersongkok hitam.

Perarakan pada tahun ini bermula di Stadium Hang Tuah, Kubu dan berakhir di Masjid Al-Azim, Melaka. Mengikut kenyataan pihak penganjur, perarakan pada kali ini disertai oleh lebih 180 kontinjen yang melibatkan hampir 20 ribu peserta. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini yang julung kali disertai.

[Perjalanan ke Stadium Hang Tuah]

[Sabar menanti perarakan kontinjen bermula]

[Kontinjen SKSB Intifada berarak dengan penuh semangat]

Tuesday, February 15, 2011

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2011

14 FEBRUARI-Majlis pelancaran program NILAM peringkat sekolah telah diadakan dengan penuh simbolik. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pn Muhaini bt Othman, GPK Pentadbiran Sek Keb Seri Bemban. Pada majlis tersebut program “Jom Ke Library” juga telah umumkan untuk makluman warga sekolah. 

Antara aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun ini adalah seperti Kuiz Panitia, pembinaan Pondok Bacaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Program Bakul Bergerak, Pameran Panitia Teras dan berbagai lagi. Diharap dengan adanya program-program ini, akan dapat menanam minat membaca dikalangan warga sekolah. Jom ke library!!!

[Ucapan sempena majlis pelancaran oleh Pn. Muhani Othman]

[Penyerahan Fail NILAM kepada guru kelas]


[Penyampaian anugerah NILAM kepada murid]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BEMBAN

77200 BEMBAN, MELAKA, MALAYSIA
Tel/Faks: 606-5217834
E-mail: sksbjasin@gmail.com

Penafian: Pihak sekolah tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan atau sebarang masalah disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.