Memo

Bengkel Kenaikan Pangkat pada 3 Oktober (Sabtu) jam 8.30pg. Harap maklum.

BERITA TERKINI

Wednesday, April 13, 2011

KEJOHANAN HOKI MSSM KAWASAN JASIN 2011

12 APRIL : Bemban Tiger Hockey Club (BTHC) SK Seri Bemban telah menyertai Kejohanan Hoki MSSM Kawasan Jasin 2011 buat julung kalinya. Kejohanan pada kali ini sangat menarik kerana dilangsungkan secara pesta bertempat di Astroturf Stadium Hoki MBMB, Bukit Serindit, Melaka.

BTHC SK Seri Bemban telah menghantar pasukan lelaki dan perempuan kategori bawah 12 tahun selepas melalui sesi latihan sejak bulan januari. Pada pusingan awal perlawanan kategori lelaki, BTHC Boys beraksi bersama dua sekolah dalam kumpulan A. BTHC boys berjaya menewaskan SK Felda Bukit Senggeh dengan jaringan 4-1 dan juga menewaskan SK Seri Machap dengan jaringan 2-1 seterusnya menjuarai Kumpulan A dan mara ke pusingan separuh akhir. 

Ironinya kemaraan BTHC Boys tersekat di separuh akhir apabila keputusan seri 0-0 dan penentuan kemenangan melalui penalti strok telah memihak kepada SK Batang Melaka dengan jaringan 2-1. Walau bagaimanapun BTHC telah beraksi dengan cemerlang dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat apabila berjaya menewaskan SK Seri Machap dengan jaringan 2-0 seterusnya merangkul tempat ke-3 dalam kejohanan pada tahun ini.

Saingan pasukan BTHC Girls pula diadakan secara liga dalam kumpulan. Perlawanan pertama BTHC Girls menentang SK Batang Melaka (Juara Bertahan) agak memberansangkan walaupun tewas 0-6. Aksi kedua BTHC Girls lebih menarik apabila hanya tewas 0-3 kepada SK Seri Machap (Naib Juara 2009). Perlawanan ketiga BTHC Girls mendatangkan tuah apabila berjaya menewaskan SK Masjid Baru dengan jaringan 2-1 seterusnya merangkul tempat ke-3 kategori perempuan.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru BTHC, jurulatih-jurulatih hoki sekolah serta pengurus-pengurus pasukan kerana telah merangkul kejayaan dalam aksi sulung di kejohanan pada tahun ini. Melalui latihan berterusan, InsyaAllah BTHC akan menjadi juara dalam edisi Kejohanan Hoki MSM Kawasan Jasin akan datang. SKSB BOLEH!!!!


Pengurus BTHC Boy : Pn. Norazah Md. Had
Jurulatih                       : En. Surwadi Mohamad
Fisioterapis                 : En. Junaidi Yasin

Pengurus BTHC Girl   : Pn. Rosmawati Mustafha
Jurulatih                        : Pn. Saridah Azim
Fisioterapis                  : Pn. Zarina Abd. Munir


[Kontinjen Bemban Tiger Hockey Club 2011]

[Team BTHC Boys Kejohanan MSSM Jasin 2011]

 [Team BTHC Girls Kejohanan MSSM Jasin 2011]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BEMBAN

77200 BEMBAN, MELAKA, MALAYSIA
Tel/Faks: 606-5217834
E-mail: sksbjasin@gmail.com

Penafian: Pihak sekolah tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan atau sebarang masalah disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.