Memo

Bengkel Kenaikan Pangkat pada 3 Oktober (Sabtu) jam 8.30pg. Harap maklum.

BERITA TERKINI

Sunday, February 5, 2012

KEJOHANAN HOKI TERBUKA PIALA PENGETUA SMK DURIAN TUNGGAL 2012

04 Februari : Bemban Tiger Hockey Club (BTHC) SK Seri Bemban telah menyertai Kejohanan Hoki Enam Sebelah Terbuka Piala Pengetua SMK Durian Tunggal 2012 bertempat di padang SMK Durian Tunggal. Kejohanan edisi kali ke-2 ini sangat meriah kerana disertai oleh 20 pasukan kategori lelaki bawah 12 tahun yang datang dari seluruh pelusuk negeri Melaka. BTHC telah menghantar tiga pasukan pada kejohanan kali ini iaitu BTHC Champion, BTHC Beyond (Pelapis) dan BTHC Tigress (Perempuan). 

Dengan semangat juang yang tinggi, BTHC Champion telah berjaya mengharungi cabaran peringkat kumpulan. Pada pusingan suku akhir BTHC Champion diundi bertemu SK Belimbing Dalam dan berjaya mengalahkan lawan dengan jaringan 2-0 seterusnya berjaya ke pusingan separuh akhir. Pada pusingan separuh akhir pula, BTHC Champion diundi bertemu Naib Juara edisi lalu iaitu SK Sri Lanang dan alhamdulillah berjaya mengekang kemaraan lawan seterusnya memenangi perlawanan dengan jaringan 2-0. 

Dengan kemenangan itu, BTHC Champion berjaya ke final dan terpaksa menentang pasukan Juara Bertahan edisi lalu iaitu Palembang Tuah. Perlawanan final yang berlangsung selama 10minit itu akhirnya memihak kepada Palembang Tuah apabila berjaya mengalahkan BTHC Champion dengan jaringan 1-0. Walau bagaimanapun, pihak sekolah tetap mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh pasukan BTHC termasuk jurulatih dan pengurus pasukan kerana berjaya membimbing pasukan ke pusingan final pada edisi kali ini. Diharapkan pada tahun hadapan, BTHC berjaya merampas piala yang didambakan melalui latihan berterusan yang sistematik. Tahniah dan syabas buat BTHC!
 [BTHC Champion menerima hadiah Naib Juara]

[Pemenang-pemenang kejohanan edisi ke-2 tahun 2012]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BEMBAN

77200 BEMBAN, MELAKA, MALAYSIA
Tel/Faks: 606-5217834
E-mail: sksbjasin@gmail.com

Penafian: Pihak sekolah tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan atau sebarang masalah disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.