31 DIS - Hari pendaftaran tahun 1 dan prasekolah SK Seri Bemban sesi persekolahan tahun 2016 berjalan dengan lancar. Seramai 53 orang murid tahun 1 telah mendaftar manakala prasekolah seramai 25 murid. Selamat datang ke SKSB dan selamat menempuh alam persekolahan buat adik-adik.
Memo
Bengkel Kenaikan Pangkat pada 3 Oktober (Sabtu) jam 8.30pg. Harap maklum.
BERITA TERKINI
Monday, January 4, 2016
PENDAFTARAN TAHUN 1 & PRASEKOLAH 2016
Monday, January 12, 2015
JOM KE SEKOLAH SESI 2015!
Hari ini 12 Januari 2015 maka bermulalah sesi baru persekolahan. Selamat kembali kepada murid-murid lama setelah bercuti selama hampir dua bulan dan selamat datang kepada murid-murid baru. Mulakan hari hari yang ceria ini dengan bismillah. Selamat maju jaya.
![]() |
| Wajah-wajah ceria warga SKSB 2015 |
Saturday, January 3, 2015
Pendaftaran Murid Tahun 1 & Prasekolah
JOM KE SEKOLAH!
Selamat datang kepada murid-murid Tahun 1 dan Prasekolah tahun 2015 ke SK Seri Bemban. Seramai 72 murid telah mendaftar di tahun 1 serta 22 murid Prasekolah Bijaksana. Semoga adik-adik semua dapat menimba ilmu dengan jayanya.
Selamat datang kepada murid-murid Tahun 1 dan Prasekolah tahun 2015 ke SK Seri Bemban. Seramai 72 murid telah mendaftar di tahun 1 serta 22 murid Prasekolah Bijaksana. Semoga adik-adik semua dapat menimba ilmu dengan jayanya.
![]() | |
| Ibubapa dan murid-murid Tahun 1 |
Saturday, December 27, 2014
JOM KE SEKOLAH!
31 DIS - Sedar tak sedar dah hampir dua bulan warga sekolah bercuti. Kini lagi tiga hari sesi persekolahan 2016 akan bermula yang didahului dengan Hari Pendaftaran dan Program Orientasi murid Tahun 1 dan Prasekolah.
Kami warga SK Seri Bemban mengucapkan selamat datang kepada murid-murid baru yang akan menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini nanti. Jom ke sekolah, datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan! InsyaAllah
Sunday, February 5, 2012
KEJOHANAN HOKI TERBUKA PIALA PENGETUA SMK DURIAN TUNGGAL 2012
04 Februari : Bemban Tiger Hockey Club (BTHC) SK Seri Bemban telah menyertai Kejohanan Hoki Enam Sebelah Terbuka Piala Pengetua SMK Durian Tunggal 2012 bertempat di padang SMK Durian Tunggal. Kejohanan edisi kali ke-2 ini sangat meriah kerana disertai oleh 20 pasukan kategori lelaki bawah 12 tahun yang datang dari seluruh pelusuk negeri Melaka. BTHC telah menghantar tiga pasukan pada kejohanan kali ini iaitu BTHC Champion, BTHC Beyond (Pelapis) dan BTHC Tigress (Perempuan).
Dengan semangat juang yang tinggi, BTHC Champion telah berjaya mengharungi cabaran peringkat kumpulan. Pada pusingan suku akhir BTHC Champion diundi bertemu SK Belimbing Dalam dan berjaya mengalahkan lawan dengan jaringan 2-0 seterusnya berjaya ke pusingan separuh akhir. Pada pusingan separuh akhir pula, BTHC Champion diundi bertemu Naib Juara edisi lalu iaitu SK Sri Lanang dan alhamdulillah berjaya mengekang kemaraan lawan seterusnya memenangi perlawanan dengan jaringan 2-0.
Dengan kemenangan itu, BTHC Champion berjaya ke final dan terpaksa menentang pasukan Juara Bertahan edisi lalu iaitu Palembang Tuah. Perlawanan final yang berlangsung selama 10minit itu akhirnya memihak kepada Palembang Tuah apabila berjaya mengalahkan BTHC Champion dengan jaringan 1-0. Walau bagaimanapun, pihak sekolah tetap mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh pasukan BTHC termasuk jurulatih dan pengurus pasukan kerana berjaya membimbing pasukan ke pusingan final pada edisi kali ini. Diharapkan pada tahun hadapan, BTHC berjaya merampas piala yang didambakan melalui latihan berterusan yang sistematik. Tahniah dan syabas buat BTHC!
[BTHC Champion menerima hadiah Naib Juara]
[Pemenang-pemenang kejohanan edisi ke-2 tahun 2012]
Wednesday, April 13, 2011
KEJOHANAN HOKI MSSM KAWASAN JASIN 2011
12 APRIL : Bemban Tiger Hockey Club (BTHC) SK Seri Bemban telah menyertai Kejohanan Hoki MSSM Kawasan Jasin 2011 buat julung kalinya. Kejohanan pada kali ini sangat menarik kerana dilangsungkan secara pesta bertempat di Astroturf Stadium Hoki MBMB, Bukit Serindit, Melaka.
BTHC SK Seri Bemban telah menghantar pasukan lelaki dan perempuan kategori bawah 12 tahun selepas melalui sesi latihan sejak bulan januari. Pada pusingan awal perlawanan kategori lelaki, BTHC Boys beraksi bersama dua sekolah dalam kumpulan A. BTHC boys berjaya menewaskan SK Felda Bukit Senggeh dengan jaringan 4-1 dan juga menewaskan SK Seri Machap dengan jaringan 2-1 seterusnya menjuarai Kumpulan A dan mara ke pusingan separuh akhir.
Ironinya kemaraan BTHC Boys tersekat di separuh akhir apabila keputusan seri 0-0 dan penentuan kemenangan melalui penalti strok telah memihak kepada SK Batang Melaka dengan jaringan 2-1. Walau bagaimanapun BTHC telah beraksi dengan cemerlang dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat apabila berjaya menewaskan SK Seri Machap dengan jaringan 2-0 seterusnya merangkul tempat ke-3 dalam kejohanan pada tahun ini.
Saingan pasukan BTHC Girls pula diadakan secara liga dalam kumpulan. Perlawanan pertama BTHC Girls menentang SK Batang Melaka (Juara Bertahan) agak memberansangkan walaupun tewas 0-6. Aksi kedua BTHC Girls lebih menarik apabila hanya tewas 0-3 kepada SK Seri Machap (Naib Juara 2009). Perlawanan ketiga BTHC Girls mendatangkan tuah apabila berjaya menewaskan SK Masjid Baru dengan jaringan 2-1 seterusnya merangkul tempat ke-3 kategori perempuan.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru BTHC, jurulatih-jurulatih hoki sekolah serta pengurus-pengurus pasukan kerana telah merangkul kejayaan dalam aksi sulung di kejohanan pada tahun ini. Melalui latihan berterusan, InsyaAllah BTHC akan menjadi juara dalam edisi Kejohanan Hoki MSM Kawasan Jasin akan datang. SKSB BOLEH!!!!
Pengurus BTHC Boy : Pn. Norazah Md. Had
Jurulatih : En. Surwadi Mohamad
Fisioterapis : En. Junaidi Yasin
Pengurus BTHC Girl : Pn. Rosmawati Mustafha
Jurulatih : Pn. Saridah Azim
Fisioterapis : Pn. Zarina Abd. Munir
[Kontinjen Bemban Tiger Hockey Club 2011][Team BTHC Boys Kejohanan MSSM Jasin 2011] [Team BTHC Girls Kejohanan MSSM Jasin 2011] |
Friday, April 1, 2011
KEM BESTARI SOLAT TAHAP 1 SIRI PERTAMA 2011
| [Peserta Kem Bestari Solat Tahap 1 lelaki] |
31 MAC : Panitia Pendidikan Islam SK Seri Bemban telah mengadakan Kem Bestari Solat Program j-QAF untuk tahap 1 Siri Pertama 2011. Kem ini melibatkan semua murid beragama Islam tahun 1, 2 dan 3.
Kem ini yang bermatlamat membimbing peserta ke arah pelaksanaan ibadah solat yang lebih sempurna berjalan dengan lancar bermula jam 2.30 petang hingga 5.30 petang.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibubapa yang memberikan kerjasama menghantar dan menjemput peserta kem pada kali ini. Pihak sekolah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang terlibat menjayakan kem.
[Peserta Kem Bestari Solat Perempuan][Latihan Dalam Kumpulan] [LDK bersama Fasilitator] |
Thursday, March 31, 2011
KEJOHANAN BOLA BALING MSSM KAWASAN JASIN 2011
| [Pasukan Bola Baling SK Seri Bemban] |
30 MAC : Pasukan Bola Baling SK Seri Bemban telah menyertai Kejohanan Bola Baling MSSM Kawasan Jasin tahun 2011. Pada pusingan awal, Pasukan Bola Baling SK Seri Bemban telah memenangi perlawanan pertama menentang SK Jus 6-1.
Perlawanan kedua pula menentang SK Kesang Tua juga berkesudahan dengan kemenangan 5-3 sekaligus menempah tempat ke pusingan Suku Akhir menentang SRA Jaim Selandar.
Namun, kemenangan tidak berpihak kepada SK Seri Bemban apabila tewas 5-7 kepada pasukan tersebut. setelah berhempas pulas mencari go-gol kemenangan.
Banyak lagi peluang dan ruang yang boleh dipertingkatkan lagi untuk memantapkan pasukan bola baling SK Seri Bemban….Cuba lagi tahun hadapan... BEMBAN BOLEH…!!!!
Perlawanan kedua pula menentang SK Kesang Tua juga berkesudahan dengan kemenangan 5-3 sekaligus menempah tempat ke pusingan Suku Akhir menentang SRA Jaim Selandar.
Namun, kemenangan tidak berpihak kepada SK Seri Bemban apabila tewas 5-7 kepada pasukan tersebut. setelah berhempas pulas mencari go-gol kemenangan.
Banyak lagi peluang dan ruang yang boleh dipertingkatkan lagi untuk memantapkan pasukan bola baling SK Seri Bemban….Cuba lagi tahun hadapan... BEMBAN BOLEH…!!!!
Jurulatih : En. M. Asmawi M. Ariffin
Pen. Jurulatih : Pn. Saridah Azim
Pengurus : En. Rizuan Suleiman
[Pemain sedang mendengar taklimat jurulatih][Pemain bersedia sebelum perlawanan dimulakan] [Aksi pemain sekolah dalam perlawanan] |
Wednesday, March 30, 2011
SAMBUTAN HARI LAHIR MAC 2011
29 MAC: Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Unit Bimbinga dan Kaunseling SK Seri Bemban telh mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir untuk murid dan guru yang lahir dalam bulan Mac.
Lebih kurang 36 orang murid serta lima orang guru yang menyambut ulangtahun kelahiran dalam bulan ini telah diraikan dalam perhimpunan pagi semalam.
Pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada semua yang diraikan serta mendoakan agar panjang umur, murah rezeki dan diberkati Allah selalu..amin.
Tuesday, March 29, 2011
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM KAWASAN JASIN 2011
| Kontinjen Olahraga SK Seri Bemban 2011 |
25 MAC: SK Seri Bemban telah menghantar kontinjen olahraga ke Kejohanan Olahraga MSSM Kawasan Jasin pada 21 Mac hingga 24 Mac yang diadakan di Trek Olahraga UTEM, Durian Tunggal, Melaka. Kontinjen seramai lebih 20 murid ini diketuai En. Junaidi Yasin selaku Setiausaha Sukan dan juga salah seorang jurulatih olahraga sekolah.
Kontinjen sekolah pada tahun ini telah mencatat sejarah apabila berjaya meraih empat pingat emas, dua perak dan satu gangsa. Beberapa rekod kejohanan selama lebih sepuluh tahun juga telah berjaya dipecahkan oleh peserta sekolah. Adik Mustaqim dari tahun 6 Bestari telah dinobatkan Sebagai Peserta Terbaik kejohanan pada kali ini apabila merangkul dua emas individu dalam acara lompat tinggi dan 200m lari terus serta satu emas acara 4x200m lari berganti. Emas yang ketiga dirangkul oleh adik Khuzairil dari tahun 6 Wawasan dalam acara 80m lari berpagar.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang terlibat melatih peserta sejak dua bulan yang lalu sehingga berjaya mencapai keputusan yang amat membanggakan. Pihak sekolah juga mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang mewakili sekolah kerana telah melakar kejayaan cemerlang dalam edisi Kejohanan Olahraga MSSM Jasin pada tahun ini.
| [Adik Mustaqim menerima sijil dan pingat daripada GPK Kokurikulum] |
| [Adik Khuzairil menerima sijil dan pingat] |
Friday, March 25, 2011
MAJLIS PELANCARAN PORTAL RASMI SK SERI BEMBAN
24 MAC: Portal Rasmi SK Seri Bemban telah dirasmikan oleh YB En. Chua Kheng Hwa, ADUN Bemban tepat pada pukul 4.00 petang yang disaksikan oleh lebih dua ratus ahli Persatuan Ibubapa dan Guru sempena Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36.
Portal rasmi ini yang dibangunkan oleh Jawatankuasa Laman Web SK Seri Bemban sejak tiga bulan lalu akhirnya berjaya disiapkan dengan wajah yang ceria dan senang diakses oleh pengguna. Portal ini memuatkan segala maklumat tentang sekolah termasuk makluman semasa serta berita-berita terkini tentang program dan aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak sekolah.
Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua ahli Jawatankuasa Laman Web Sekolah yang bertungkus-lumus membangunkan portal ini. Selamat melayari portal kami!
[YB En. Chua Kheng Hwa mengambil tempat untuk Majlis Pelancaran Portal][YB En. Chua bersedia untuk melancarkan portal] [ YB En. Chua Kheng Hwa dengan rasmi melancarkan Portal Rasmi SK Seri Bemban] |
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36
Mesyuarat pada kali ini mencatat sejarah apabila catatan kehadiran ahli lebih 95% yang terdiri daripada ibu-bapa dan guru-guru. Syabas kepada semua ibu-bapa yang hadir.
Pihak sekolah dan Jawatankuasa PIBG SK Seri Bemban mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB En. Chua Kheng Hwa kerana sudi merasmikan mesyuarat agung pada kali ini. Selain itu, ucapan jutaan terima kasih juga buat guru-guru dan ahli-ahli Jawatankuasa PIBG 2009-2011 yang telah berbakti selama dua penggal berusaha meningkatkan kecemerlangan sekolah.
Pihak sekolah juga mengucapkan sekalung tahniah kepada lantikan baru Jawatankuasa PIBG untuk penggal 2011-2013 dan semoga dengan hadirnya tuan dan puan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan sekolah. Tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan jawatankuasa PIBG di atas kejayaan mengadakan mesyuarat agung pada kali ini.
Pihak sekolah juga mengucapkan sekalung tahniah kepada lantikan baru Jawatankuasa PIBG untuk penggal 2011-2013 dan semoga dengan hadirnya tuan dan puan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan sekolah. Tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan jawatankuasa PIBG di atas kejayaan mengadakan mesyuarat agung pada kali ini.
Thursday, February 24, 2011
KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSM KAWASAN JASIN 2011
21 FEBRUARI: Pasukan bola sepak SK Seri Bemban menempuh perlawanan hari pertama dengan tuan rumah Kejohanan Bola Sepak Zon Jasin di padang SK Seri Lanang. Keputusannya memihak kepada SK Seri Lanang 2 -1. Perlawanan kedua SKSB menentang SRA JAIM yang berkesudahan seri tanpa jaringan. Seterusnya, perlawanan terakhir membuahkan hasil apabila SKSB berjaya mengalahkan SK Air Baruk 3-0 untuk mara ke peringkat suku akhir.
| [Pasukan bola sepak SK Seri Bemban 2011] |
Pengurus : En Rizuan Suleiman
Jurulatih : En Iswardy Abd Razak
Jurulatih : En Iswardy Abd Razak
Fisioterapi : En Mohd Fakharuddin Salleh
Pengiring : En Junaidi Yasin[Pemain memanaskn badan sebelum perlawanan][Pemain bersalaman sebelum memulakan perlawanan] [Aksi pemain sekolah melakukan serangan] |
Tuesday, February 22, 2011
MOTIVASI IBUBAPA SIRI 1 2011
21 FEBRUARI: SK Seri Bemban telah mengadakan Ceramah Motivasi Keibubapaan Siri Pertama 2011 bermula jam 8:00 malam. Ceramah ini telah disampaikan oleh Dr. Rozey yang terkenal dengan kehebatan penyampaiannya. Lantunan suara dari Dr. Rozey telah berjaya membuka minda dan hati di kalangan ibu bapa ke arah yang lebih baik di dalam memberi pendidikan yang sempurna sekaligus mendidik anak–anak terutamanya di dalam menghadapi peperiksaan. Pihak ibu bapa juga dilihat memberikan tumpuan dan maklumbalas yang positif semasa berlangsungnya sesi ceramah.
Syabas dan tahniah kepada semua warga SKSB di atas kejayaan ceramah motivasi sesi pertama ini. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini terutamanya pihak ibu-bapa yang merupakan pelanggan kami kerana telah meluahkan masa untuk program ini.
[Ucapan oleh Tuan Hj. Hamzah -Yang Dipertua PIBG][Ibu-bapa khusyuk mendengar ceramah] [Pandangan dari belakang ketika ceramah berlangsung] |
Saturday, February 19, 2011
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H PERINGKAT SEKOLAH
Semua murid dan warga kerja SKSB telah terlibat di dalam menjayakan perarakan ini. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini terutamanya pihak Balai Polis Bemban yang bertugas mengawal lalulintas sepanjang perarakan berlangsung.
| [Majlis bacaan Yasin sebelum perarakan] |
[Perarakan bermula dari Prasekolah melintasi jalan utama][Guru-guru mengiringi peserta perarakan] [Wajah-wajah ceria para peserta] |
Subscribe to:
Posts (Atom)
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BEMBAN
77200 BEMBAN, MELAKA, MALAYSIA
Tel/Faks: 606-5217834
E-mail: sksbjasin@gmail.com
Tel/Faks: 606-5217834
E-mail: sksbjasin@gmail.com
Penafian: Pihak sekolah tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan atau sebarang masalah disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.


